Sayur Makanan Kesihatan, Kelebihan dan
Khasiat
Sayur merupakan makanan kesihatan yang penuh khasiatnya,
Sayur itu sendiri merupakan makanan kesihatan yang mempunyai khasiat yang mampu
mengubati dan mencegah pelbagai penyakit.
Sudah lama kita ketahui bahawa sayur-sayuran ni banyak
khasiatnya dari segi kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak,
protein dan karbohidrat. Menurut penyelidik sebahagian daripada sayur-sayuran
dan buah-buahan ini mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah
kesihata serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Ini kebiasaaan sayur-sayuran yang kita makan:
DAUN
SALAD
Daun salad
ini juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali gus
menghilangkan segala keresahan yang melanda.Daun ini juga mengandungi karotin,
seraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan juga bertindak
melancarkan sistem pernafasan .
KOBIS
Kobis bukan
sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ulser dan barah malah berkesan untuk
mengubati masalah-masalah lain di usus. Ia juga meredakan masalah di bahagian perut dan hati
seperti yang dialami oleh mereka yang lali arak. Selain itu asid amino yang
mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol.
Selain itu, meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu
seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.
TIMUN
Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti
,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang
menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk, penyakit ini dapat dirawat dengan
biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan
dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang
hilang. Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening
yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan
pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak. Timun juga dapat
mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.
LOBAK PUTIH
Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat
ketidakhadaman makanan dan keadaan ini sungguh menyakitkan seluruh badan.Ramai
yang tidak mengetahui yang lobak putih mempunyai kandungan khasiat yang tinggi
dan sayur ini dapat menyelesaikan masalah penghadaman.
PERIA
Sayur ini
adalah penawar kepada pesakit yang menghidapi penyakit kencing manis. Kandungan
bahan yang menyerupai insulin didapati berkesan dalam menurunkan paras gula
dalam darah dan air kencing. Penghidap kencing manis mestilah menjadikan jus
peria ini sebagai satu jus minuman harian, terutama sekali sebelum
sarapan.Selain itu peria juga dapat menyembuhkan penyakit batuk yang menyerang
kanak-kanak.
BAYAM
Jus bayam
mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah seperti anemia
sejenis penyakit kurang darah. Kaedahnya adalah dengan mengisar daun bayam
dengandengan segelas air dan diminum dua kali sehari. Wanita seringkali
kekurangan zat besi kerana didatangi haid pada setiap bulan. Jus bayam yang
dicampurdengan jus lobak merah atau jus tomato boleh membekalkan zat besi
secukupnya untuk menambah tenaga mereka kerana jus bayam mengandungi asid
aksalik dan penambahan jus-jus lain dapat mengatasi kesan-kesan keasidannya.
TOMATO
mengekalkan kecergasan badan.Ia juga baik untuk
melicinkan kulit dan merupakan salah satu bahan awet yang penting .
KENTANG
Sayur ini berkesan untuk merawat penyakit batu karang dan
juga mengatasi masalah jerawat dan bisul.Caranya adalah dengan mengadun udi
kentang dengan sedikit air kemudian disapu ke atas jerawat atau bisul yang
sudah pecah sebelum ditutup dan dibalut dengan kain bersih. Cara rawatan yang
sama juga digunakan bagi merawat kudis atau luka.
TERUNG PIPIT
Buah ini mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan
meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang
berterusan.Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.