Tazkirah Hari Guru 2012 :
Membangun Diri Menunaikan
Amanah
Guru Mengajar Murid
Belajar
"Tidak akan kamu
berperasaan gundah walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari."
~ Umar Al-Khattab
Objektif Sesi Hari Ini
·
Mengenal dan
menilai diri dari aspek profesionalisme dan profesionaliti
·
Antara keunggulan
dan realiti wujud ruang (jihad) membangunkan
potensi diri
·
Antara iman,
amal dan bual, mana satu menjadi bekal?
·
Jadilah Guru
Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu
·
Memenuhi tuntutan Guru
Mengajar Murid belajar
"Profesionalisme" (bagi Eric
Hoyle,1980) adalah sikap dan tindakan yang menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan
pekerjaan seperti hal-hal tentang syarat-syarat kerja, soal
gaji dan upah, jadual
tugas dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya. Semuanya adalah hal-hal yang selalu
dihubungkaitkan dengan perjuangan kesatuan sekerja.
"Profesionaliti" pula ialah
sikap dan tingkah-laku yang ditunjukkan oleh seseorang terhadap "profesionnya"
serta taraf pengetahuan dan ketrampilan dalam bidang pekerjaan itu.
Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti
pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan murid-muridnya
dikatakan mempunyai
"profesionaliti"
yang tinggi. Dengan kata lain, guru itu melihat perguruan dan tugasnya
bukan semata-mata sebagai satu "pekerjaaan" tetapi sebagai
satu "profesion" (Omar Hashim,1993).
Sifat dan Ciri-Ciri Seorang Guru Yang Perkasa
Terhadap Murid:
1. punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (iaitu anak
didik, ibu bapa dan rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan
juga kognitif
2. hubungkan 'mata plajaran' dengan kehidupan
murid-murid
3. kenal, hormati dan percayai murid-murid
4. mengajar murid-murid bagaimana
hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis
5. menjana idea-idea baru dan menarik bagi
murid-murid berfikir mengenainya
6. menggalakkan murid-murid
bertanyakan soalan mengenai
pelajaran
7. hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan, persembahan
musikal dn kebudayaan.
Terhadap Mengajar:
1. melakukan refleksi dan kritik-kendiri,
mercu tanda profesionalisme seorang
guru
2. berfikir secara sistematik mengenai
amalannya dan belajar daripada pengalaman
3. adil dalam menilai dan menggred
4. fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran
5. bersemangat dalam mengajar ,
murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran
6. seorang komunikator yang cemerlang;
mampu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah difahami dengan
itu murid-murid dapat
memahami dan menghargainya
7. sering mengukur kemajuan dan memberikan
maklumbalas kepada murid-murid
8. merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap
tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran
9. secara
berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi memastikan kurikulum
yang sentiasa 'baru dan segar' serta
relevan
10. menyertai jawatankuasa-jawatankuasa
bagi menambahbaik sekolah, jabatan atau dirinya sendiri.
Terhadap Disiplin:
1. seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar
2. seorang yang 'laparkan' ilmu; sentiasa up to date dalam
bidangnya dengan membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan
seminar; dan mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan
3. juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya
4. aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat
menyertainya
5. menjadi ahli kepada komuniti yang belajar
6. bina dan mengekalkan perhubungan profesional
7. bekerja dalam organisasi sekolah yang luas
Secara Peribadinya:
1. tunjukkan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah
dan mengajar kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang tinggi
2. berfikiran terbuka, rendah diri, dan bersikap optimistik.
Antara "Keunggulan" dengan "Realiti" wujud ruang
lakukan "Perjuangan"
Apa yang "unggul" itu?
Boleh diukur dan dinilai menerusi aspek i) Diri Peribadi 2)
Organisasi 3) Iklim dan
Budaya
Kerja.
1. Diri peribadi: bersikap positif dan memiliki
ketrampilan pengetahuan dan kemahiran yang tidak dipertikai; berfikiran terbuka
(tidak sempit, jumud dan beku); pengurusan masa dan diri yang tinggi (selalu on
time, datang awal, masuk kelas cepat, mengajar dengan penuh dedikasi dan penuh sifat dan ciri-ciri
profesionalisme dan profesionaliti yang
tinggi);suka bekerjasama dengan rakan sejawat (tidak lokek ilmu); hasil kerja
yang berkualiti (dari segi isi kandungan, format, gaya dan persembahan)
memenuhi sifat-sifat seorang yang inovatif, kreatif dan produktif; sabar dalam
melayani karenah anak didik dan juga rakan sejawatan; berpegang kepada prinsip yang jelas, betul, benar,
dan utuh di dalam semua keadaan dan situasi.
2. Organisasi: dapat dilihat sebagai sebuah
organisasi yang sistematik, teratur dan tertib; jelas susun atur heirarki tugas
dan kuasa; wujud kolaborasi, kolegialiti dan partisipasi;
masing-massing individu faham dan menyumbang kepada kegemilangan organisasi.
3. Iklim dan Budaya Kerja: diri peribadi
yang jadi ahli organisasi akan tentukan senario, suasana atau pun iklim seluruh
premis yang akhirnya wujud sebagai satu budaya kerja berkualiti dan cemerlang;
persekitaran yang bersih, ceria dan selamat; suasana yang kondusif kepada
pembelajaran bermakna; anak didik yang aktif dan responsif tetapi bukan bising
tak tentu hala.
Tetapi "realitinya" bagaimana?
1. Aspek peribadi: bersikap yang tidak sesuai dan tidak cerminkan
seorang (atau guru-guru) yang sejati dengan tingkah-laku dan gelagat yang
merendahkan martabat diri dan organisasi;
datang lewat,
lambat masuk kelas mengajar, atau kalau masuk tidak mengajar, atau masuk
sekejap kemudian tinggalkan murid buat kerja sendiri, suka buang masa
(berborak dan bersembang
semasa bertugas), buat sibuk pada masa dia tidak sibuk; semuanya ini jadi amalan dan tak rasa
malu apatah lagi rasa berdosa.Pengetahuan dan kemahiranyang
tidak berkembang;
walau dah lama menjadi guru tetapi kerja masih comot, kabur, salah sana salah sini,
tak faham format dan kandungan, sangat lewat siapkan laporan data dan maklumat
(termasuk analisis dan diagnosis) dan masih tak pandai buat minit mesyuarat atau belum
faham-faham bezakan antara laporan dan minit; dokumen murid sering tidak kemaskini;
buku-buku latihan murid sangat lama tidak diperiksa; dan paling buruk sikap bodoh sombong, besar
diri dan sangka diri paling betul
hingga kerja wajib sebagai seorang guru
ditinggalkan dan melebihkan kerja-kerja lain yang bukan wajib (direct selling dan
seumpamanya); bagaimana kita hendak jadi Guru Sebenar Guru?
2. Aspek Organisasi pula kenyataannya datangnya daripada sikap dan perlakuan
para ahlinya; sering wujud senario nafsu-nafsi (tidak
landaskan prinsip dan peraturan)
akhirnya terbentuk
organisasi yang kalut, caca-marba, ikut suka; hingga berlarutan bertahun-tahun maka wujudlah beberapa status organisasi
seperti:
i) Organisasi
Bermasalah,
ii) Organisasi Terbiar,
iii) Organisasi Berpenyakit,
iv) Organisasi Bebas-Cukai dan
v) Organisasi Mentaliti "Mengajar sebagai Kerja Bodoh."
3. Aspek
Iklim dan Budaya Kerja: Reaitinya iklim yang gambarkan "budaya
organisasi" yang sentiasa di bawah standard dan jangkaan semua
pelanggan dalaman dan luaran atau tidak memenuhi aspirasi
masyarakat dan negara. Maka
terdengarlah segala macam rungutan, komen dan kritikan daripada rakyat jelata di desa
sampailah kepada Perdana
Menteri yang memerintah
negara; antarnya seperti "Kita tidak serius sebagai Guru Besar...";
"..sekolah kebangsaan tidak menarik dan kurang berdisiplin.'; "3M
tidak berkesan di sekolah kebangsaan berbanding SJK
Cina."; "Sebanyak 1,919 buah sekolah dikenalpasti
sebagai sekolah prestasi rendah (SPR) kerana pencapaian bawah 30% kelulusan
UPSR (1999)"; " Pelajar-pelajar Melayu tertinggal dalam pelajaran seawal di bangku
sekolah rendah lagi...."; adalah fakta dan
faktor yang mesti kita terima dan akui bagi
membanteras dan memperbaikinya
melalui ruang yang luas di mana kita bebas membuat
pilihan...yakni pilihan perjuangan menghapuskan kealpaan, kelederan,
kelewatan, ketidakakuran, kelemahan dan kehinaan akibat dari kebejatan profesionalisme.
Kita sebagai Apa yang Kita Fikirkan
Apa yang kita percayai dan yakini itulah yang kita buat dan lakukan (amalan
hidup); dan apa yang kita buat dan apa yang kita tidak buat akan jadi
"warisan" (legacy) setelah kita berpindah sekolah. Apabila kita secara tekal berfikir, bertindak (beramal)
dan mengutamakan
motif diri kita inilah kemudiannya yang digelar sebagai sikap.
Oleh itu kaitan antara pemikiran, perbuatan atau
tingkah-laku dan kepercayaan (beliefs) amatlah saling berkait rapat
dalam membezakan seseorang personaliti dengan
personaliti yang lain. Jika kita fikirkan mengajar bersungguh-sungguh tidak penting (asal ajar
sudah) maka kerja mengajar
kita jadilah sebagaimana seadanya sahaja, dan di mata anak didik kita dilabel sebagai "guru malas".
Begitu juga jika kita fikir datang awal atau masuk kelas segera sebagai tidak
penting maka jadilah kita orang yang sentiasa 'lengahkan waktu' dan
seolah-olah tidak berminat dalam pekerjaan
kita sendiri. Atau apa
yang kita asyik lebihkan masa berborak dan bersembang (termasuk adu domba,
fitnah, hasut-menghasut, apatah lagi berpolitik) daripada mengajar anak didik
sebaik-baiknya, maka jadilah kita orang-orang yang utamakan kerja yang tidak
berkenaan dan mengabaikan kerja utama dan kerja yang wajib ke atas kita.Pendeknya
inilah yang dikatakan segala yang kita fikir, yakni menjadi 'kepercayaan
kita' maka kita pasti melakukan segala 'kebejatan' ini yakni apa
yang kita amalkan setiap hari sehingga menepati Hukum
Ganjaran yakni "Apa Yang Disemai Itulah Yang Dituai"; dan
inilah menjadi "warisaan" kita yang kita tinggalkan
nanti.
Jadilah Guru Sebenar
Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu
Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif;
hitam atau putih; buruk atau baik; cemerlang atau kecundang; begitu juga sikap
dan perlakuan kita sebagai guru-guru yang bukan sahaja profesional sifatnya malah
menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa.
Antara ciri-ciri membezakan antara guru yang profesional dengan guru yang tidak;
rujuk senarai semak berikut, dan marilah kita menukar sikap, persepsi dan
posisi kita agar menjadi lebih perkasa dan berwibawa dalam melaksanakan
tugas mulia sebagai seorang
guru.
Guru yang Profesional
Guru yang
tidak Profesional
Mula kerja awal
pagi
Mula kerja setelah loceng berbunyi
Sedia bergerak awal
hari
Sudah pun letih di awal pagi
Mengurus dengan
merancang
Mengurus dengan krisis
Ada perancangan &
matlamat
Ada berbagai alasan
Berpakaian secara 'profesional'
Berpakaian selekeh
Guna waktu luang sebagai waktu
Guna waktu luang mengumpat dan mengeji
'kerja'
Suka ikuti latihan kerana berikan perkem-
Komplen tentang latihan dan pelik menga-
bangan
profesional
pa ianya perlu
Dalam mesyuarat mereka duduk di
mana Dalam mesyuarat mereka duduk di
tepi
mereka boleh
belajar
pintu
Cari perkara-perkara untuk
dipuji
Cari perkara-perkara untuk dikomplen
Berusaha cari punca sesuatu tidak berjalan
Salahkan orang lain bila sesuatu tidak ber-
jalan
Sedia buat keputusan dan selesai masalah
Bertanya "Apa patut saya buat?"
Lihat pentadbir sebagai rakan kongsi
Lihat pentadbir sebagai tempat
dalam pendidikan
melepaskan geram
Melanggan dan membaca jurnal profesional Fikir
jurnal profesional sebagai membazir-
kan wang sahaja
Mendapat penghormatan setiap
hari Merungut
kerana tidak dapat penghor-
matan
Buat yang
terbaik
Buat apa orang lain buat
Kembangsuburkan kerjaya
mereka
Bimbang tentang kerja mereka
Rasa dan bertindak 'empowered'
Rasa
dan bertindak seperti mangsa
Sedia untuk belajar dan dapatkan bantuan Tidak sedia belajar
atau terima bantuan
Belanja wang untuk perkembangan profesio- Enggan belanja untuk
perkembangan
nal atau untuk bilik
darjah
profesional atau untuk bilik darjah
Percaya anak didik boleh belajar, dan
lihat Percaya anak didik degil, tidak
tugas mereka membantu proses ini
bertanggungjawab, dan malas
Melihat pekerjaan 'mengajar' sebagai
satu Melihat kerja mengajar
sebagai satu kerja
profesion paling
mulia.
dengan gaji lumayan sahaja.
Memenuhi Tuntutan "Guru Mengajar Murid Belajar"
Objektif kita akhirnya ialah memenuhi tuntutan konsep "guru
mengajar murid belajar" dapat direalisasikan pada tahap paling optimum
dan dapat pula kita buktikan menerusi kerja-buat kita setiap hari dan waktu.
Bagi mencapai tahap ini semua kita mestilah membetulkan iman (kepercayaan),
bual (percakapan), dan amal (segala perlakuan) kita sentiasa selaras antara ketiga-tiga aspek tersebut.
Memenuhi tuntutan "Guru
Mengajar Murid Belajar" pula perlukan semua kita menjadi guru-guru
yang sebenar guru "Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu";
yang membawa erti seseorang guru itu
penuh iltizam, dedikasi, komited dan bertanggungjawab tidak akan mengkhianati tugasnya dan
murid-muirdnya. Prinsipnya ialah guru-guru mesti faham bahawa tugas 'mengajar dan
mendidik' pekerjaan yang sangat mulia. Janganlah
rosakkan 'kemuliaan tugas' ini dengan perangai dan gelagat yang
tersasar jauh
daripada etika dan
adab seorang guru yang mursyid.
Guru-guru mestilah menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan
kerja mengajar (tanpa muslihat dan tipu helah) sebagai suatu ibadah.
Guru-guru begini tidak akan cepat
menyalahkan keadaan dan tempat sebelum menyalahkan diri terlebih dahulu di
samping berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri.
Guru Sebenar Guru tidak akan
melakukan sesuatu yang
akan merosakkan organisasi seperti: selalu ponteng; banyak beri alasan dan helah; sering mengelakkan
diri daripada menerima tugas dan tanggungjawab;
menganggap sekolah hanya tempat kerja 'sementara' atau selalu beri alasan 'tidak cukup masa'. Guru sebenar
guru tidak menunjukkan ciri-ciri 'orang malas' ketika di
dalam kelas tetapi sebaliknya mengajar dengan penuh ceria dan dengan
penuh semangat serta bersungguh-sungguh, memeriksa buku-buku tanpa bertangguh.
Penutup
Fahamlah kita bahawa kecemerlangan organisasi dan institusi amat bergantung
kepada mutu
jatidiri individu yang berada di dalamnya sama ada ia
seorang guru, pembantu tadbir, pembantu am rendah atau pun
pekerja rendah awam; yang semuanya mempunyai 'amanah tugas' dan
tanggungjawab yang sudah jelas dan terperinci yang tidak boleh kita dakwa
bahawa kita tidak tahu mengenainya.
Marilah kita menginsafinya
dengan setulus ikhlas bahawa sebarang 'defisit pembelajaran'
misalnya adalah kerana kita selaku guru-guru yang tidak mengutamakan masa
sebaik mungkin semasa mengajar selama
ini. Bagaimana pula kita akan dapat memenuhi
tuntutan bekerja 8 jam sehari seperti yang sedang diura-urakan oleh pihak
Kementerian Pendidikan jika waktu bekerjas 5½ jam sekarang ini pun kita sudah "lesu
dan layu?"ٱ
Rujukan
Omar Mohd Hashim (1993). Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan
Harapan. Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
William E. Schneider, Ph.D., (1998). Why Good
Managements Ideas Fail
- Understanding Your Corporate Culture. Paradigm Shift International USA.
___________________(2001); Penyataan Dasar
Standard Tinggi Kualiti Pendidikan.
Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.