Saturday, 19 May 2012


ANTARA PERKARA UTAMA YANG PERLU DIPUTUSKAN ATAU DILAKSANAKAN OLEH JK PBS PERINGKAT SEKOLAH

  1. Menentukan sama ada perlu ada peperiksaan /ujian atau  tidak
  2. Menetapkan kekerapan pelaporan formatif dan sumatif  bagi PS
  3. Menetapkan tempoh penyimpanan eviden bahan PS
  4. Menetapkan kaedah menyimpan dan mengakses fail
  5. Menetapkan kaedah dan menyampaikan  maklumat tentang pelaksanaan PBS kepada ibu bapa (simpan bukti  dalam fail)
  6. Merancang aspek pementoran, penyelarasan, pemantauan (kekerapan, personel yang terlibat, jadual)
  7. Menyediakan pelaporan pelaksanaan PBS di sekolah
  8. Menyedia dan melengkapkan fail  induk PBS

PENETAPAN BEBERAPA KEPUTUSAN DALAM MESYUARAT PERTAMA PBS DUAM 2012
TARIKH : 16 MEI 2012

1. Perlu ada peperiksaan atau tidak :
Mesyuarat menetapkan bahawa tidak ada lagi ujian selaras 2 dan peperiksaan akhir tahun bagi
pelajar-pelajar tingkatan satu pada tahun ini. Penilaian sepenuhnya berasaskan PBS
1.2 Kekerapan pelaporan formatif dan sumatif bagi PS :

            Mesyuarat menetapkan disediakan dua kali pelaporan keseluruhan setahun iaitu pada sebelum cuti semester 1 dan sebelum akhir tahun dan laporan dihantar kepada :
1.2.1        Lembaga Peperiksaan
1.2.2        Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
1.2.3        Pegawai Pelajaran Daerah dan
1.2.4        Ibubapa/penjaga pelajar Tingkatan Satu

1.3 Tempoh penyimpanan evidens bahan PS :
      Mesyuarat menetapkan bahawa tempoh penyimpanan evidens pelajar adalah selama 3 bulan
      selepas pelaporan dan proses penjaminan kualiti tahun semasa. Evidens akan diserahkan kepada
      pelajar dan surat rasmi pemakluman pengendalian PBS dikeluarkan untuk ibubapa/penjaga.  


1.4 Kaedah menyimpan dan mengakses fail :

            Mesyuarat menetapkan bahawa :
1.4.1       Fail Perkembangan Murid (FPM) disediakan untuk setiap pelajar berbentuk fail keras berwarna putih. Biodata diletakkan di hadapan fail dan gambar pelajar dilekatkan dihadapan dan di tepi (tulang) fail. Semua fail bersaiz, format dan warna standard dan seragam. Segala maklumat dan pencapaian pelajar seperti sijil-sijil dan lain-lain boleh juga dimasukkan di dalam fail FPM ini.
1.4.2        Fail Showcase (FS) : Disediakan mengikut matapelajaran.
·          evidens bagi Pentaksiran Pusat (PP) dimasukkan sekali dalam FPM dan  FS Pentaksiran Sekolah (PS)
1.4.3        2 fail disediakan untuk setiap panitia iaitu :
1.4.3.1  Fail Induk
1.4.3.2  Fail Pentaksiran
1.4.4        Satu fail disediakan untk setiap pentaksir sekolah.
1.4.5        Satu fail disediakan untuk Kaunselor (Pentaksiran Psikometrik)
1.4.6       Satu fail disediakan untuk Penolong Kanan Ko-Kurikulum (Pentaksiran PAJSK)
1.4.7        Satu Fail Induk Sekolah disediakan di bawah seliaan Setiausaha PBS Sekolah.
·        Bagi kemudahan akses terhadap fail-fail, mesyuarat menetapkan bahawa semua fail ditempatkan di bilik khas PBS kecuali bagi matapelajaran Kemahiran Hidup (KH) dan Pendidikan Seni (PS) yang memiliki bilik khas sendiri.
·        Untuk kemudahan penyimpanan, evidens berbentuk artifak atau bahan yang besar seperti dalam matapelajaran Pendidikan Seni, ianya boleh juga dibuktikan melalui teknik fotografi.
1.5      Kaedah penyampaian maklumat tentang pelaksanaan PBS kepada ibubapa/penjaga :
Mesyuarat menetapkan bahawa beberapa kaedah akan diimplimentasi sebagai penyebaran maklumat kepada ibubapa/penjaga pelajar iaitu :
1.5.1     Surat rasmi pemberitahuan pelaksanaan PBS di sekolah mulai 2012
1.5.2     Pelaporan yang dihantar kepada mereka
1.5.3    Perjumpaan-perjumpaan dengan ibubapa/penjaga seperti mesyuarat agong PIBG, Hari Anugerah, Majlis Berbuka Puasa dan Hari Raya dan lain-lain.


1.6      Merancang aspek Pementoran, Penyelarasan, Pemantauan dan Pengesanan:
Mesyuarat menetapkan bahawa setiap personel yang bertanggungjawab dengan penjaminan kualiti PBS iaitu semua Ketua Bidang dikehendaki mengadakan mesyuarat dengan jawatankuasa kecil masing-masing bagi merancang aspek tanggungjawab mereka seperti penyediaan jadual, borang-borang dan lain-lain mengikut aspek masing-masing.
1.7      Penyediaan Pelaporan pelaksanaan PBS di sekolah :
Mesyuarat menetapkan bahawa setiap personel yang bertanggungjawab dengan Penjaminan Kualiti PBS (Pementoran, Penyelarasan, Pemantauan dan Pengesanan) perlu melaporkan dapatan masing-masing 4 kali setahun di dalam mesyuarat jawatankuasa PBS.  
1.8      Penyediaan fail induk PBS :
Setiap panitia dan SU PBS perlu menyediakan Fail Induk PBS yang kandungannya adalah seperti berikut :
1.8.1     Jawatankuasa PBS Sekolah
1.8.2     Carta Organisasi
1.8.3     Surat panggilan Mesyuarat
1.8.4     Minit Mesyuarat
1.8.5     Jawatankuasa Kes Khas PBS Sekolah
1.8.6     Jadual Kerja Pengurusan PBS
1.8.7     Surat-surat pekeliling
1.8.8     Buku Panduan PBS
1.8.9     Dokumen / surat makluman kepada ibubapa/penjaga
1.8.10    Program PBS Sekolah
1.8.11    Laporan PBS
1.8.12    Surat lantikan personel yang terlibat dengan PBS
1.9      Lantikan Jawatankuasa Kes Khas PBS Sekolah :
Mesyuarat menetapkan personel yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa kes khas
PBS sekolah iaitu :
1.9.1    Pengerusi : Pengetua
1.9.2    Naib Pengerusi : Semua Guru Penolong Kanan
1.9.3    Ahli Jawatankuasa :
i.           Ketua Guru Disiplin
ii.         Ketua Warden Asrama
iii.       Ketua Kaunselor Sekolah
iv.       Guru Pendidikan Khas
v.         Ahli Berkala




No comments:

Post a Comment