KHASIAT SAYUR-SAYURAN :
Sebenarnya terlalu banyak khasiat
sayuran kepada kesihatan kita, jadi amalkan makan sayur, latih anak anda makan
sayur sejak kecil. Kalau anda ada tanah lapang usahakan tanam sayur samada
dalam polibag, kaedah hidroponi dan sebagainya.
Di sini ada beberapa khasiat
sayur-sayuran yang biasa kita makan.Semoga ianya bermanfaat untuk kita
semua.Insya Allah
1. Tomato
Merupakan sayur yang mempunyai
banyak kegunaannya. Kaya dengan vitamin D, mengandungi unsur-unsur kalsium,
phosphorus, zat besi dan vitamin-vitamin.Ia baik untuk penyakit hati dan
penyakit “colon” iaitu dibahagian bawah usus. Sebaiknya elakkan dari makan
kulitnya kerana kulitnya menyusahkan penghadaman makanan di dalam perut.
Manakala jus tomato pula membantu menghadamkan makananan dan daging.
Tomato juga berguna untuk
menghilangkan kutil atau ketuat iaitu dengan merendamkan kaki ke dalam air suam
sepuluh saat dan potong tomato hijau dengan hirisan yang kecil dan diletakkan
pada kutil atau ketuat itu kemudian balut dengan kain dan dibuka di waktu
pagi.Lakukan di waktu malam berulang kali sehingga lima malam berturut-turut.
Di Sepanyol tomato dan lada hijau
digunakan sebagai ubat untuk penyakit buasir.
2. Lobak
Lobak mengandungi kali(a)emia yang
mana sekira ia kurang di dalam darah boleh menyebabkan ketegangan saraf dan
cepat marah. Apabila jus lobak dicampur dengan susu maka bertambah pula
faedahnya untuk kesihatan iaitu boleh mencergaskan tubuh badan dan menguatkan
ingatan. Ia juga boleh menghaluskan, melicinkan dan membersihkan kulit. Ia elok
untuk penyakit-penyakit mata, kulit dan penghadaman.
Lobak mengandungi vitamin seperti
vitamin A dan minyaknya boleh membunuh cacing di dalam perut dan
memudahkan buang air kecil dan ia juga baik untuk penyakit bisul dan kudis dan
baik untuk kulit mengelupas pada kanak-kanak caranya dengan menghancurkannya
dan diletakkan pada kulit mengelupas itu.
3. Gargir (الجرجير)
Jus gargir sesuai untuk
mengembalikan rambut agar subur dan juga untuk menumbuhkan rambut. Ia juga
boleh melawaskan kencing dan penawar kepada banyak penyakit.
4. Bakdunis (البقدونس)
Kaya dengan vitamin B,B1,B2,C,A dan
mengandungi kalsium, kali(a)emia, zat besi, sulfur dan phosphorus. Ia boleh
menambah kekuatan tubuh badan dan pemikiran dan menumbuhkan sel-sel, melawaskan
kencing, merendahkan suhu badan, mengatur perjalanan darah haid, membersihkan
badan dari racun. Ia juga penawar bagi penyakit hati, penyakit kuning, penyakit
kulit seperti ekzema, romatizum, penyakit sendi, batu karang, sakit perut dan
elok untuk peredaran darah dan pernafasan.
Manakala
benihnya sesuai untuk merendahkan suhu badan dan jusnya pula boleh meredakan
penyakit buah pinggang, sistitis (keradangan pundi air kencing) dan
melawaskan kencing, juga boleh menyembuhkan luka.
5. Na’na’ (النعناع)
Menolong menguatkan tubuh
badan, meradakan ketegangan saraf kerana ia boleh mengawal kekejangan, juga
boleh menguatkan hati, Elok untuk batuk, asma, dan luka-luka, sakit perut,
tidur susah lena dan melawaskan kencing.
Juga baik untuk romatizum dan
penyakit lain.
Berkumur-kumur dengan cara
menghisapnya baik untuk gusi dan gigi, menyedapkan bau mulut. Mentol na’na
boleh menjauhkan jangkitan kuman seperti oleh serangga dan melegakan penyakit
hidung.
6.
Karops (الكرفس)
Boleh mencergaskan dan menjadi
penghadam yang utama serta melawaskan kencing. Baik untuk ubat buah pinggang
romatizium, mengurangkan suhu badan,menghilangkan rasa gundah-gulana atau
tekanan perasaan, lemah tenaga batin dan juga baik untuk mengurangkan gemuk
badan.